suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Bebas Tunggal Selangor Disindir Exco

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah disindir oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail semasa sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Rodziah berkata soalan tambahan yang diajukan oleh Badrul tidak perlu dijawab kerana mendakwa Badrul telah tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang selama 20 bulan.

Secara sinis, Exco itu berkata beliau agak terkejut apabila Badrul berminat untuk mengetahui perkembangan penyediaan Jaringan Infrastruktur Tanpa Wayar Hibrid (HyWIN) di kawasan Pelabuhan Klang.

Badrul dalam soalannya meminta kerajaan negeri memberi tumpuan khas kepada pembangunan HyWIN kerana pelabuhan adalah antara kawasan yang menyumbangkan hasil kepada kerajaan negeri.

Rodziah dalam jawapannya berkata penyediaan infrastruktur HyWIN di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang termasuk Pelabuhan Klang masih di peringkat perancangan Fasa II dan FASA III dan dijangka bermula pada awal atau pertengahan tahun 2011.

Badrul kini ialah Adun Bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional pada Oktober lepas. BERNAMA

Artikel Lain