Tiga yang mati ketika hanyut bukan rakyat Malaysia - Semasa | mStar

Tiga yang mati ketika hanyut bukan rakyat Malaysia

JAKARTA: Polis Indonesia memberi pengesahan kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini bahawa 11 orang yang hanyut termasuk tiga yang mati ketika bot mereka terumbang-ambing di Laut Sulawesi selama lapan hari bukan rakyat Malaysia.

Kuasa usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia Amran Mohamed Zain berkata beliau mendapat pengesahan itu daripada polis di Tolitoli, Sulawesi Tengah, di mana penumpang bot itu dibawa setelah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan pukul 10 pagi semalam.

"Polis di sana yang kita hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut, mengesahkan bahawa semua mereka bukan rakyat Malaysia kerana tiada satu dokumen pun yang menunjukkan mereka rakyat Malaysia.

"Sebaliknya, siasatan awal polis menunjukkan mereka adalah rakyat sebuah negara jiran yang ketika kejadian dalam pelayaran menuju ke Pulau TawiTawi di Filipina," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Amran berkata berdasarkan maklumat polis itu, satu pasukan pegawai dari Kedutaan Malaysia di sini tidak jadi terbang ke Sulawesi Tengah hari ini.

Laporan agensi berita Antara dari Tolitoli pula menyebut bahawa para penumpang bot itu merupakan pekerja Filipina di Malaysia yang hendak pulang ke Filipina dari Lahad Datu, Sabah.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan Tolitoli, Kaharuddin, dipetik sebagai berkata para penumpang bot itu yang selamat kini dibawa ke Hospital Tolitoli untuk rawatan lanjut, manakala tiga yang mati tidak sebutkan sama ada sudah dikebumikan di sana.

Setiausaha Daerah Kecil Dampal Utara, Ilham, pula dipetik sebagai berkata bahawa penumpang dewasa bot itu merupakan pekerja tanpa izin di Malaysia dan bot mereka hilang arah serta kehabisan minyak setelah melarikan diri ketika dikejar oleh pihak berkuasa Malaysia.

Laporan awal semalam menyebutkan bahawa 11 penumpang itu dipercayai rakyat Malaysia sehingga Kedutaan Besar Malaysia di sini bertindak mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti sebenar mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain