suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Malaysia didakwa import dadah dari KL

MELBOURNE: Seorang wanita Malaysia menghadapi pertuduhan menyeludup dadah selepas didakwa menyorok 19 bungkusan heroin dalam badannya, menurut polis di sini.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan oleh pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney Ahad lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur.

"Semasa disoal, wanita tersebut mengaku menyembunyikan dadah dalam badannya. Bungkusan itu akan melalui ujian forensik untuk memastikan ketulenan dan berat dadah itu," kata kenyataan Polis Persekutuan Australia (AFP) seperti dipetik oleh agensi berita Australian Associated Press.

Tuduhan mengimport sejumlah kuantiti dadah kawalan itu dibacakan terhadap wanita itu di sebuah hospital. Bagaimanapun, seorang jurucakap polis AFP tidak dapat memberitahu sebab wanita itu dimasukkan ke hospital.

Wanita berkenaan ditahan reman dan akan dihadapkan di Mahkamah Tempatan Pusat Sydney pada 25 November ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain