475,182 calon menduduki peperiksaan PMR bermula Rabu - Semasa | mStar

475,182 calon menduduki peperiksaan PMR bermula Rabu

KUALA LUMPUR: Seramai 475,182 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Rabu sehingga 13 Oktober.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini daripada jumlah itu 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).

Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu 1,154 orang.

Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di 3,496 pusat peperiksaan di seluruh negara dan bagi mempastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Semua calon juga dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masingmasing ketika berada di dewan peperiksaan.

Ibu bapa diminta sentiasa menasihati anakanak supaya mengikuti garis panduan kesihatan dan mengamalkan langkahlangkah pencegahan bagi menggelak penularan virus selesema A H1N1.

Sepanjang tempoh peperiksan Bilik Gerakan PMR akan beroperasi dari 6.45 pagi hingga 7 malam dan ianya boleh dihubungi menerusi talian 03-88893601/3809/3582/3520/3551/3030/3095. BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Tahanan ketua kongsi gelap tidak sah

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun