suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan akhbar Cina di Bintulu disah H1N1

MIRI: Kakitangan editorial pejabat sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Cina di bandar Bintulu, kira-kira 270 kilometer dari sini, diarah berada di rumah selepas seorang daripada wartawan akhbar itu disahkan influenza A (H1N1) hari ini.

Bernama difahamkan arahan itu dibuat oleh pengurusan akhbar berkenaan atas nasihat Jabatan Perubatan Bahagian Bintulu bagi mengelak penularan wabak itu.

Wartawan berusia 34 tahun itu baru pulang dari lawatan ke China dan Hong Kong pada 2 Julai sebelum dia mengalami selesema dan sakit tekak dua hari kemudian.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh memberitahu pemberita di Sibu bahawa kes di Bintulu itu adalah yang ke-10 dicatat di negeri ini.

Berikutan pengesahan itu, pesakit kini dirawat di wad pengasingan Hospital, Bintulu, katanya. BERNAMA

Artikel Lain