suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar mahu siasatan isu Kampung Buah Pala disegerakan

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu laporan siasatan mengenai isu Kampung Buah Pala disiapkan segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil bagi menyelesaikan isu itu.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu kampung itu dapat menyiapkan laporan mengenai perkara itu dengan kadar segera.

"Kerajaan negeri tengah cari penyelesaian. Harap Mansor jangan ambil masa terlalu panjang, dalam dua atau tiga hari boleh serahkan laporan itu kepada Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini, hari ini.

Ditanya mengenai Lim yang masih belum menemui penduduk kampung itu, Anwar berkata adalah tidak adil untuk menuduh Ketua Menteri itu tidak memberi komitmen terhadap masalah penduduk kampung itu hanya kerana Lim tidak menemui mereka.

"Mungkin kalau boleh, beliau (Lim) jumpa (penduduk), tapi yang lebih penting daripada turun (jumpa penduduk) ialah jaminan ketua menteri untuk siasat perkara itu dan cari jalan penyelesaian," katanya.

Mengenai isu pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim, Anwar berkata ia akan dibincangkan oleh PKR negeri dan kerajaan negeri.

Johari dilucutkan jawatan kerana mengetuai tindakan memulaukan majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP yang baru, Mokhtar Mohd Jait, seorang penjawat awam, barubaru ini.

Tindakan Johari dan beberapa ahli majlis dari PKR itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati mereka terhadap Lim yang tidak berunding mengenai pelantikan itu sedangkan persetujuan yang dicapai sebelum ini adalah supaya pemimpin politik dari PKR dilantik ke jawatan itu.

Ditanya mengenai dakwaan keretakan hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa isu yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang akhirakhir ini, Anwar berkata isu yang berlaku itu tidak meretakkan hubungan mereka.

Beliau berkata hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang masih erat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain