suria

Manek Urai: BN umum calon Ahad ini

Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di ibu pejabat parti di sini, malam tadi. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan Ahad ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN berkata, pengumuman calon tersebut akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Calon akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin... kemungkinan 28 Jun di Manek Urai, tunggu bila tiba masanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Beliau juga berkata pada mesyuarat hampir tiga jam itu MT telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

"Kita telah berbincang dengan panjang lebar dan juga menerima pandangan serta input daripada sayap-sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri berhubung persiapan pilihan raya kecil Manek Urai," katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

PAS akan mengumumkan nama calon bagi mewakili parti itu esok.

Artikel Lain