suria

Wanita mati tergantung disyaki dibunuh di Sungai Choh

RAWANG: Seorang wanita ditemui mati tergantung pada dahan sebatang pokok durian, dipercayai dibunuh berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Choh dekat sini, hari ini.

Mayat wanita berusia dalam lingkungan 20an itu yang hanya berseluar dalam dan coli dengan keduadua kaki diikat itu ditemui pada kira-kira pukul 7.45 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid berkata polis juga menemui kesan pergelutan di tempat kejadian dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang suspek.

"Wanita itu dianggar mempunyai ketinggian kurang dari 160 sentimeter digantung dengan kakinya mencecah tanah dan wanita itu juga didapati memakai tuala wanita.

"Tiada tandatanda kecederaan luar pada mangsa kecuali beberapa kesan calar pada paha kanan mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dijerut sehingga mati, berdasarkan keadaan seluar dalamnya yang terlondeh ke bawah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu dibunuh awal pagi ini.

Bakhtiar berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Besar Hulu Selangor untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Lain