suria

16 keluarga tanah runtuh Bukit Antarabangsa pindah ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Seramai 16 keluarga yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telahpun dipindahkan ke kuarters kerajaan di Precint 14 berhampiran Precint Diplomatik di Putrajaya.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata 22 keluarga kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan yang berminat telah memohon kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri(JPM) semenjak pengumuman dibuat berkenaan kemudahan menduduki kuarters kerajaan.

Barubaru ini, Sidek berkata terdapat 11 keluarga kakitangan kerajaan yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh pada 6 Disember lepas dan telah mengumumkan untuk mempertimbangkan agar mereka menduduki kuarters kerajaan di Putarajaya untuk tempoh yang panjang.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi itu meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

"Mereka diberi keutamaan untuk berpindah kerana bukan semua orang ditimpa masalah sebegini dan kejadian seperti ini jarang berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan BUKU Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sidek, yang merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa, berkata pensyarah dan ahli akademi di universiti seharusnya mencuba kebolehan mengeluarkan bahan ilmiah menerusi penulisan buku yang boleh diterima pakai oleh universiti lain di dalam dan luar negara.

Beliau juga gembira kerana universiti itu berjaya melancarkan 43 judul baru melibatkan kirakira 50 penulis pada tahun ini. BERNAMA

Artikel Lain