suria

Banjir di Terengganu kembali buruk

PEKARANGAN Masjid Hadhari di bandar Jerteh digenangi air ketika tinjauan fotoBernama semalam. Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh. Banjir yang melanda negeri Terengganu kali ini menyebabkan daerah Besut antara daerah yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah seramai 1,371 orang daripada seramai 347 keluarga.
PEKARANGAN Masjid Hadhari di bandar Jerteh digenangi air ketika tinjauan fotoBernama semalam. Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh. Banjir yang melanda negeri Terengganu kali ini menyebabkan daerah Besut antara daerah yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah seramai 1,371 orang daripada seramai 347 keluarga.
PEKARANGAN Masjid Hadhari di bandar Jerteh digenangi air ketika tinjauan fotoBernama semalam. Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh. Banjir yang melanda negeri Terengganu kali ini menyebabkan daerah Besut antara daerah yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah seramai 1,371 orang daripada seramai 347 keluarga.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPURHujan lebat yang berterusan sejak awal pagi menyebabkan keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk petang ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat.

Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan lebat akan berterusan di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, sehingga malam ini.

Pada masa jumlah mangsa di Terengganu meningkat kepada 1,956 orang keadaan di Kelantan pula beransur pulih tetapi meragut satu lagi nyawa manakala seorang masih hilang.

Di KUALA TERENGGANU, tiga daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu dengan sejumlah 1,201 mangsa dipindahkan sehingga pukul 6 petang ini manakala di Marang 686 orang dan Besut 69 orang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata, lima pusat pemindahan di Kuala Terengganu dibuka petang ini iaitu Balai Raya Sungai Pinang, Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsan Tok Jiring dan Sekolah Kebangsaan Bukit Nenasi.

Paras air di Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri masih di tahap bahaya manakala paras air di Ibu Bekalan berada di tahap amaran.

Jalan-jalan yang ditutup Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerenggal; Jalan Marang-Wakaf Tapai; Kuala Terengganu-Kuantan sementara di Setiu membabitkan Jalan Telaga Papan-Chalok; Bukit Perah-Kampung Jok-Kuala Kajil dan Marang-Kuala Telemong kerana dinaiki air sedalam antara 0.25 meter dan 1.5 meter.

Sementara itu, Pasar Payang yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli kain sutera, batik, songket dan barangan kraf turut dinaiki air sedalam 0.3 meter sehingga 0.6 meter.

Keadaan itu menyebabkan pelbagai barangan termasuk barangan runcit seperti gula, beras, tepung, pulut hitam, kacang hijau, buah-buahan, bantal, batik dan songket mengalami kerosakan akibat terkena air sehingga memaksa peniaga membuat jualan murah untuk mengelakkan risiko kerugian lebih teruk.

Di KOTA BAHARU, seramai 1,208 orang masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan banjir di enam daerah iaitu Rantau Panjang seramai 938 orang, Kuala Krai (94), Tanah Merah (91), Jeli (47) dan Tumpat 38 orang.

Korban banjir kedua, Nur Amalia Ayob, 11, ditemui lemas setelah tergelincir ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Kayu Rendang, Melor, dekat sini.

Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Meranti, Salman Hakimi, masih hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika bermain air di halaman rumahnya di Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata jalan utama yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah Km 22 lebuh Raya Rantau Panjang-Pasir Mas serta Jalan Semerak-Kampung Puyu dan Jalan Semerak-Kg Golok manakala Jalan Pasir MasGolok ditutup untuk semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan berkata paras air di Sungai Golok melebihi paras bahaya 10.26 meter manakala Sungai Kelantan di Kusial melebihi paras berjaga-jaga.

Di KUANTAN, jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir pada keseluruhannya makin pulih dengan hanya 16 mangsa masih berada di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet, Cameron Highlands.

Seramai 92 orang mangsa banjir di daerah Temerloh dibenarkan pulang ke rumah.

BERITA TERDAHULU

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu

KUALA LUMPURHujan lebat di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan hingga malam ini dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang manakala di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Sehingga pagi ini, keadaan banjir di Kelantan kembali buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,513 berbanding 853 orang semalam.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dilapor melebihi paras bahaya mananaka tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjagajaga.

Di Terengganu pula keadaan semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu apabila semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini, dan hanya 292 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan di Besut, Marang dan Setiu.

Paras air sungai Marang di Pengkalan Berangan kini berada pada paras waspada iaitu 12.73 meter manakala sungai Setiu di Kampung Bukit mencatat 12.13 meter iaitu melepasi paras bahaya.

Jalan-jalan yang masih ditutup ialah Jalan Jerteh-Hulu Besut, Jalan Pangkalan Berangan-Pulau Kerengga, Jalan Sungai Tong-Pelong, Jalan Matang-Telemong dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang kerana ditenggelami air sedalam antara 0.45 meter dan 1.5 meter.

Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang juga ditutup kepada semua kenderaan kerana Jambatan Temala rosak.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir di Pahang sehingga pagi ini ialah 108 orang daripada 22 keluarga dari Temerloh dan Lembah Bertam, Cameron Highlands.

BERITA TERDAHULU

Banjir: Terengganu pulih, mangsa di Kelantan naik

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu apabila semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.

Kesemua baki sembilan orang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Terengganu dibenar pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata sehingga pukul 9 pagi ini seramai 292 orang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Seramai 124 orang berada di pusat pemindahan di Besut, 143 orang di Marang dan 25 orang di Setiu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bekata, jumlah mangsa banjir di daerah Marang dijangka bertambah berikutan hujan lebat sejak pukul 2 pagi hingga 6 pagi ini dan pihaknya sedang mengumpul maklumat terkini mengenai jumlah mereka yang dipindahkan di daerah itu.

Paras air sungai Marang di Pengkalan Berangan kini berada pada paras waspada iaitu 12.73 meter manakala sungai Setiu di Kampung Bukit mencatat 12.13 meter iaitu melepasi paras, katanya.

Jalan-jalan yang masih ditutup ialah jalan Jertih-Hulu Besut, Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerengga, Jalan Sungai Tong-Pelong, Jalan Matang-Telemong dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang kerana ditenggelami air sedalam antara 0.45 meter dan 1.5 meter.

Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang juga ditutup kepada semua kenderaan kerana Jambatan Temala rosak, kata jurucakap itu.

SITUASI DI PAHANG

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir di Pahang sehingga pagi ini ialah 108 orang daripada 22 keluarga.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata seramai 92 orang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Batu Kapur, Temerloh manakala 16 lagi mangsa daripada empat keluarga dari Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands ditempatkan di dewan orang ramai Ringket.

SITUASI DI KELANTAN

Di KOTA BAHARU, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,513 pagi ini berikutan hujan lebat malam tadi, berbanding 853 orang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata, seramai 819 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pasir Mas, Tanah Merah (305 orang), Kuala Krai (291 orang), Jeli (95 orang) dan Kota Baharu tiga orang.

Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu masih ditutup kepada kenderaan ringan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya mananaka tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjagajaga.

BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita BN mula mesyuarat enam jam

Artikel Lain