suria

Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan semula keputusan Nasioncom

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan menolak dengan kos permohonan Nasioncom Holdings Bhd bagi semakan semula keputusan mahkamah arahan SC yang dikeluarkan pada 2007 untuk syarikat itu meneliti dan menerbitkan semula laporan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2005.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SC berkata Hakim Lau Bee Lan, semasa membaca keputusannya, mengumumkan bahawa selepas menimbang serahan oleh kedua-dua pihak, mahkamah tidak berpuas hati bahawa Nasioncom mengemukakan sebarang alasan mencabar.

"Hakim Lau juga membayangkan bahawa alasan penghakiman bertulisnya akan menyusul tidak lama kemudian.

"Nasioncom sedang membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu," katanya.

Nasioncom pada Mac 2007 memfailkan prosiding semakan semula keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memohon mahkamah mengetepikan keputusan SC kerana ia berniat jahat, tidak rasional dan melangagr kepada keadilan sejagat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut