suria

Serlahkan Pesona Dengan Kit Kat Rubies

Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi Nestlé Products Sdn Bhd, Sachin Goel (kiri) dan Thierry Martin, Pengurus Innovation & Renovation Manager melancarkan Kit Kat Rubies.

KUALA LUMPUR: Nestlé KIT KAT, selaku pemacu globaldalam pasaran coklat yang berkisar perkongsian dan kegemaran setiap individu, memperkenalkan coklat bermutu tinggi mereka yang tersendiri, Nestlé KIT KAT Rubies.

Nestlé KIT KAT Rubies dicipta untuk mereka yang mahu melepaskan lelah dan berehat sebentar daripada tekanan tanpa henti dan rutin hidup yang membosankan; sebagai salah satu cara bagi menghargai apa yang terbaik yang ditawarkan dalam kehidupan. 

Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup, dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.

Pengurus Innovation & Renovation Thierry Martin menunjukkan demonstrasi membuat coklat ketika Bengkel Membuat Coklat Nestle Kit Kat Rubies.

Krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan bahan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol, begitu istimewa dan bakal membuat anda dibuai rasa ketika bersama yang tersayang ketika saat senang dan manis, inti manisnya akan menceriakan hati anda seperti dibuai manja oleh insan tersayang.

Dari kerangupan bahagian tengah wafer yang menjadi teras kelazatannya kepada kepingan kepingan kacang hazel panggang karamel yang rapuh, hidangan manis ini mewarnai selera seseorang dan harus dikongsi bersama mereka yang kita sayangi.

Terdapat keindahan di sebalik rasa manis, rangup dan rasa halus selembut sutera dalam setiap keping coklat, kemudian dibalut dengan bungkusan merah lembayung yang mewah lagi menawan, tersusun rapi di dalam kotak dua lapisan yang elegan, seakan memanggil insan tersayang untuk merasai kelazatan coklat tiada bandingan.

Wakil media turut berpeluang membuat coklat Kit Kat Rubies.


Dengan sebatian 1500 perisanya, coklat adalah sangat kompleks, membuatkan pengguna menikmati pusaran rasa yang unik, rasa kebuahan, pedas, berempah, asas dan manis. 

Perkara terbaik mengenai coklat ialah bukan sahaja sekadar memakannya; namun ianya adalah kesempatan untuk berkongsinya. 

Coklat telah lama dikaitkan dengan adat memberi- daripada golongan bangsawan kepada orang biasa menghadiahkan individu kesayangan mereka dengan pelbagai bentuk coklat, ianya pilihan yang lazim bagi sambutan untuk keluarga,persahabatan, cinta dan saat-saat romantis.

Seseorang pernah berkata, “Anda menjana pendapatan dengan apa yang anda dapat; anda membina kehidupan dengan apa yang anda beri.” 

Ada sesuatu yang sangat menawan mengenai sikap memberi. Melihat si penerima bertukar ceria ketika menerima hadiah, tidak kira apa jua acara, adalah satu kegembiraan dan membawa satu keseronokan tersendiri kepada si pemberi. 

Apatah lagi jika hadiah itu mempunyai makna berbanding hadiah biasa. Dalam gelak tawa dan kegembiraan, mahupun siri kejayaan, perbuatan ringkas seperti memberi ialah sesuatu yang kita hargai.

Wakil media mencipta resepi coklat sendiri.


Setiap lapisan dengan penuh kelazatan ini bakal meledakkan pelbagai emosi yang tidak terjangka, diadun bagi menghasilkan rasa sensasi yang paling manis.  

Sama ada sebagai nikmat tengah malam, pencuci mulut mewah, mahupun pemeriah sambutan, merasai setiap perisa coklat adalah segalanya tentang menghargai dan mencipta kenangankenangan bersama individu yang anda sayangi. 


Nestlé KIT KAT Rubies melengkapkan maksud keikhlasan memberi daripada hati.

Satu hadiah yang ideal untuk mana-mana acara, kerana ia memberikan kedua-dua si pemberi dan penerima satu detik rehat yang lebih membahagiakan.

Raikan bersama Nestlé KIT KAT Rubies.

Berehat sebentar bersama KIT KAT.

Kit Kat Rubies

Artikel Lain