suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Terlalu selesa sampai kaki masuk periuk! Aksi pengawal keselamatan mabuk di dapur politeknik undang kecaman

Kaki pengawal keselamatan yang berada dalam periuk nasi tular di media sosial. -Foto media sosial

SEORANG pengawal keselamatan di sebuah politeknik mencetuskan kemarahan pelajar apabila memasukkan sebelah kakinya di dalam periuk berisi nasi.

Insiden tersebut disedari oleh para pelajar yang kebetulan berada di kawasan dapur hostel sebelum mereka merakam tindakan lelaki itu [Tonton Video].

Berdasarkan rakaman video tular pada Jumaat, lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk itu kelihatan seperti tertidur dengan kaki kanannya berada di dalam periuk.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Ismailkhanpet di Telangana, India.

Tindakan itu mencetuskan rasa jijik dan kemarahan dalam kalangan pelajar yang bimbang soal kebersihan dan keselamatan makanan.

Rakaman tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak pentadbiran kolej untuk tindakan lanjut.

Setelah menerima laporan dan meneliti bukti yang diberikan, pihak kolej bertindak tegas dengan menamatkan perkhidmatan pengawal tersebut serta-merta. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia