suria

“Dia tak pandai berenang!” - Lelaki tak hirau nyawa sendiri, minta penyelamat keluarkan isteri dulu

Sepasang suami isteri yang terperangkap dalam banjir di Hebei, China berjaya diselamatkan. -Foto Handout/SCMP

SEPASANG suami isteri yang terperangkap dalam kedai makan kecil milik mereka akibat arus deras banjir, menyentuh hati ramai apabila si suami sanggup mengutamakan keselamatan isterinya dengan  meminta pasukan penyelamat menyelamatkan wanita itu terlebih dahulu.

Dalam kejadian banjir yang berlaku di wilayah Hebei, China pada 28 Julai lalu itu, lelaki berkenaan meletakkan isterinya ke dalam pelampung dan menolaknya ke arah pasukan penyelamat walaupun arus deras memisahkan mereka.

"Selamatkan isteri saya dulu, dia tak pandai berenang," ujarnya.

Selepas isterinya berjaya diselamatkan, lelaki yang dikenali sebagai Liu itu berkata dia pandai berenang dan meminta penyelamat fokus kepada isterinya dahulu.

Namun, penyelamat tetap menyuruhnya keluar dari kawasan bahaya. 

Pasangan berkenaan akhirnya berjaya diselamatkan.

Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat luar biasa melanda utara China, menyebabkan puluhan kematian dan pemindahan ribuan penduduk. 

Video ketika misi menyelamat itu tular di media sosial dengan rata-ratanya memuji tindakan Liu sebagai contoh cinta dan tanggungjawab sebenar. -Agensi

 

Artikel Lain