suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sihir wanita sampai mati... Lelaki dijerut, kemaluan dikerat sebelum mayat dihumban dalam tasik empangan

Sihir masih lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut dijerut serta kemaluannya dikerat oleh sekumpulan individu sebelum mayatnya dihumban ke kawasan empangan.

Mangsa, Gopal didakwa menjadi dalang di sebalik kematian seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an sekitar dua minggu lalu akibat perbuatan sihir.

Setelah menerima ugutan daripada penduduk kampung, lelaki berusia 35 tahun itu memutuskan untuk pergi ke rumah bapa mentuanya di Ganjam.

Dia dikatakan sempat meminta pertolongan kakak iparnya untuk menjaga anak lembu dan kambing miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki simpan dendam kesumat, hantar sihir kepada bekas isteri melalui 'teddy bear' anak

Sekembalinya ke kampung halaman, dia diculik lalu dibunuh oleh sekumpulan individu secara kejam.

Kejadian dipercayai berlaku pada malam Sabtu di kampung Malasapadar, Odisha, India.

"Pihak kami telah menahan kira-kira 14 orang suspek untuk disoal siasat," ujar Pegawai polis sub-bahagian G. Udayagiri, Suresh Chandra Tripathy.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain