suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 tahun derita kanser usus, influencer wanita meninggal dunia

Hailey memiliki lebih 160,000 pengikut. -Foto Instagram Caden Hutchins

PEMPENGARUH Bailey Hutchins yang memiliki lebih 160,000 pengikut meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat.

Menurut suaminya, Caden Hutchins, TikToker yang juga jururawat itu menghembuskan nafas terakhir pada malam 7 Februari.

"Saya amat sedih untuk mengumumkan Bailey telah pergi selama-lamanya. Dia berjuang dengan begitu hebat sepanjang dua tahun ini.

"Kini dia tidak lagi menanggung kesakitan. Menjadi suami dan penjagamu adalah satu anugerah buat saya," tulis suaminya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer meninggal dunia, kena serangan jantung selepas disuntik bius

Dalam tempoh dua tahun menderita kanser, TikToker itu menggunakan platform media sosial untuk memberi inspirasi kepada pengikutnya.

Bailey bukan sahaja berkongsi perjalanan hidupnya, malah sering mengajak orang ramai untuk mendapatkan diagnosis awal kanser.

Menerusi hantaran di TikTok pada 14 Januari, Bailey berkata kesihatannya semakin merosot dan dia akan menjalani pembedahan.

Pada 19 Januari, Bailey memuat naik hantaran terakhir di TikTok dan memaklumkan dia masih hidup.

Sebelum pemergian Bailey, suaminya mengambil alih akaun TikTok itu pada 26 Januari untuk berkongsi perkembangan kesihatannya. - Agensi.

Artikel Lain