suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua hari hilang, mayat 2 pelajar perempuan berpakaian seragam sekolah ditemukan tergantung pada pokok dalam hutan

Jenayah membabitkan mangsa yang masih di bawah umur di India sememangnya membimbangkan. -Gambar hiasan

MAYAT dua pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah ditemukan tergantung pada pokok di dalam hutan, pada Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selama dua hari sebelum mayat mereka ditemukan, kata polis.

Ahli keluarga mangsa sebelum itu tampil membuat aduan, menyatakan bahawa kedua-duanya tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada Khamis.

Misi pencarian yang digerakkan oleh penduduk kampung sejak kehilangan mangsa akhirnya berjaya menemukan mayat kedua-duanya tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Malkangiri, Odisha, India.

Pihak polis yang dimakumkan mengenai penemuan mayat berkenaan bergegas di lokasi.

Siasatan lanjut mengenai kes berkenaan sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain