suria

Geram pelanggan tak jawab panggilan, lambat ambil makanan… Rider panggil geng serang rumah mangsa

Perselisihan faham menjadi antara punca seseorang bertindak di luar kawalan hingga melakukan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja penghantaran makanan mengamuk selepas pelanggan yang membuat pesanan tidak menjawab panggilan telefonnya dan lambat mengambil makanan yang dihantar.

Menurut polis, mangsa membuat pesanan menerusi aplikasi penghantaran makanan dan tidak lama kemudian, pekerja penghantaran tiba di hadapan rumahnya untuk menghantar makanan.

Mangsa dikatakan sedang menjawab panggilan telefon seseorang menyebabkannya tidak mengangkat panggilan yang dibuat oleh pekerja penghantaran.

Berang dengan kelewatan tersebut, pekerjna penghantaran berkenaan memanggil beberapa rakannya dan menyerang rumah mangsa.

Mereka yang bersenjatakan kayu, senjata api dan pisau memecahkan tingkap kereta, merosakkan motosikal mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan di luar rumah.

Insiden dilaporkan berlaku di Ghaziabad, Uttar Pradesh.

Mangsa kemudian membuat laporan polis susulan serangan berkenaan.

Polis mengesahkan tiga individu telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain