suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan dicekik sampai mati oleh ibu tiri sebab tumpahkan air, mayat nyaris dibakar

Mencekik boleh mengakibatkan kematian. - Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan dicekik hingga mati oleh ibu tirinya, selain mayatnya hampir dibakar dalam kejadian pada Sabtu.

Berdasarkan aduan bapa mangsa, wanita itu membunuh anak tirinya selepas kanak-kanak itu secara tidak sengaja menumpahkan air.

"Selepas mencekik hingga mati, dia cuba membakar mayat untuk menyembunyikan jenayah tetapi dia gagal untuk membakarnnya.

"Dia kemudian memasukkan mayat ke dalam beg plastik dan menyembunyikannya di bawah katil.

"Jika kami lewat sejam, mungkin dia telah membuang mayat itu," kata Pegawai Polis Kecil Dumraon, Afaque Akhter Ansari.

Kejadian berlaku di Naya Bhojpur, India.

Pihak berkuasa berkata, kanak-kanak itu dilaporkan hilang selepas ibu tiri memberitahu ahli keluarga lain bahawa dia tidak dapat ditemui.

Keluarga pada mulanya mencari di luar rumah, tetapi apabila mereka gagal menemuinya, mereka beralih ke bahagian dalam.

Bapa saudaranya akhirnya menemukan mayat disembunyikan dalam beg di bawah katil.

Menurut polis, ketika kejadian kanak-kanak itu hanya tinggal berdua dengan ibu tirinya.

“Kakaknya telah keluar bermain manakala nenek juga tiada di rumah.

"Siasatan lanjut kes sedang dijalankan," kata polis.-Agensi

Artikel Lain