suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Termakan ‘umpan’ coklat oleh 3 lelaki, murid 8 tahun dirogol di kawasan sekolah

Ibu bapa sepatutnya mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka keluar bersendirian. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dirogol oleh tiga lelaki di sebuah sekolah.

Menurut polis, mangsa dirogol pada Jumaat, namun insiden itu terbongkar pada Ahad selepas dia mengadu kepada ibunya.

Satu laporan dibuat di balai polis pusat Mandya, Karnataka, India dan kes disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (Pocso).

Menurut kenyataan mangsa, tiga lelaki tidak dikenali mendekatinya di taman permainan dan menawarkan coklat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah sekolah kerajaan dan dirogol secara berkumpulan.

Polis mengesahkan mangsa bukan pelajar sekolah itu, namun ia terletak berdekatan rumahnya.

Polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekolah berkenaan.

Penguasa polis, Mandya Mallikarjun Baladandi berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. - Agensi

Artikel Lain