SEORANG pemandu teksi ditemukan hangus di dalam keretanya dipercayai dibunuh keluarga kekasih.
Kebakaran membabitkan mangsa berusia 24 tahun itu berlaku di luar dewan majlis perkahwinan kekasihnya yang berkahwin dengan lelaki lain.
Keluarga mangsa mendakwa lelaki itu dibunuh kerana hubungan cinta dengan pengantin perempuan dihalang bapanya.
Polis memaklumkan mereka menerima tiga panggilan sekitar jam 11 malam pada Sabtu mengenai kebakarann sebuah kereta di luar dewan.
"Orang ramai memecahkan cermin kereta dan menariknya keluar.
"Mayat mangsa hangus sehingga tidak dapat dikenali," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis (Delhi Timur), Abhishek Dhania.
Keadaan kenderaan mangsa selepas kebakaran. - Gambar Express Photo
Kejadian berlaku di Gazipur, Dehli, India.
Menurut seorang pegawai polis, mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan cinta tetapi ditentang bapa kekasih kerana mereka bersaudara.
Bapanya kemudian mencari lelaki lain untuk dijadikan suami kepada anak perempuannya.
"Pada malam perkahwinan itu, mangsa tiba dengan keretanya, tetapi entah bagaimana kenderaan itu terbakar," tambah pegawai itu.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lal Bahadur Shastri, di mana doktor mengesahkan kematiannya.
Laporan forensik belum selesai dan punca kebakaran masih belum dipastikan.
Polis memaklumkan setakat ini adik-beradik mangsa mendakwa terdapat konspirasi untuk membunuhnya.
Namun, bapa pengantin pula menuduh saudara-maranya melakukan keganasan berkenaan. - Agensi