SEORANG doktor diberkas polis selepas mengugut mahu membunuh seorang lelaki di dalam kereta api kerana batuk. Menurut polis, suspek berusia 59 tahun tidak tahan dengan bunyi batuk lelaki berusia 19 tahun, dalam kejadian jam 4.10 petang, Sabtu. "Doktor mengacukan sesuatu seperti pencungkil ais ke arah lelaki yang batuk. "Dia kemudian mengatakan 'jika batuk lagi, saya akan bunuh kamu," katanya. Kejadian dalam kereta api itu berlaku semasa perjalanan antara stesen Kamioka dan Yokohama di laluan Keikyu, Jepun. Kedua-dua lelaki itu tidak mengenali antara satu sama lain, kata polis. Suspek berdiri, manakala lelaki yang diugut pula sedang duduk dan batuk beberapa kali. Polis berkata suspek bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata 'saya tidak melakukan apa-apa seperti itu.'. - Agensi