suria

Penjenayah warga emas dipenjara seumur hidup, beritahu mahkamah gembira bunuh pesalah pedofilia

Sikap amarah boleh mengundang padah. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh seorang pedofil.

Mangsa, John Coxon, 76, meninggal dunia dua bulan selepas diserang akibat kegagalan buah pinggang kerana komplikasi daripada kecederaan kepala yang dilakukan oleh Anthony Gardiner, 66, dalam kejadian pada Mei 2022.

Mangsa sebelum ini disabitkan kesalahan memuat turun imej tidak senonoh kanak-kanak dan diletakkan dalam senarai pesalah seks.

Coxon juga pernah melanggar perintah mahkamah dengan menghubungi seorang kanak-kanak, walaupun tiada bukti hubungan itu didakwa bersifat seksual.

Gardiner, pada Disember 2024 mengaku bersalah membunuh Coxon dan gembira mangsa mati, dalam kejadian di Gloucestershire, United Kingdom.

"Anda melakukan serangan kejam ke atas seorang lelaki yang lemah di rumahnya sendiri. Anda meninggalkan dia terbaring di atas lantai dengan kecederaan serius.

"Anda nampaknya meraikan hakikat bahawa anda membunuh manusia lain. Anda seorang lelaki yang sangat berbahaya," Hakim Picton memberitahu defendan.

Mahkamah mendengar bahawa suspek mempunyai sejarah kesalahan ganas, termasuk mengelar leher bekas rakan kongsi, dan menyerang seorang gelandangan yang dia menuduhnya sebagai pedofil.

"Sesungguhnya mangsa mempunyai 474 imej kanak-kanak pada komputernya. Saya gembira dia sudah mati," Gardiner memberitahu hakim.- Agensi

Artikel Lain