suria

Berang tak dibenar ke tandas, lelaki terbabit kemalangan lumur najis pada muka penyelamat

Seorang lelaki terpaksa membuang air besar di tepi jalan. Foto คนข่าวบางปะกง

SEORANG lelaki bertindak melumur najis pada muka penyelamat kerana tidak membenarkannya menggunakan motosikal untuk ke tandas.

Dilaporkan lelaki itu yang memandu sebuah pikap baru terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang ke rumah untuk menggunakan tandas.

Insiden tersebut berlaku di Chachoengsao, Thailand pada Sabtu.

Lamam Facebook Bang Paking news melaporkan seorang pemandu pikap berusia 57 tahun yang mabuk memandu pikapnya dan merempuh sebuah kereta sedan di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Siri Sothorn di Bang Pakong, Chachoengsao.

Seorang penyelamat berusia 29 tahun, yang menunggang motosikalnya di belakang dua kenderaan itu, menyaksikan kejadian tersebut dan berhenti untuk membantu.

Pemandu mabuk itu merayu kepada penyelamat berkenaan untuk meminjamkan motosikalnya, menjelaskan dia perlu segera ke stesen minyak berhampiran kerana mengalami cirit-birit.

Pemandu pikap mendakwa dia tidak dapat menahannya lagi dan menambah dia bergegas pulang untuk menggunakan tandas sebelum kemalangan itu.

Dia seterusnya menuduh pemandu sedan itu membrek secara tiba-tiba, menyebabkan dia melanggar bahagian belakang kenderaannya.

Penyelamat itu bagaimanapun menolak permintaannya, dengan alasan bahawa adalah berbahaya bagi lelaki mabuk itu untuk menunggang motosikal dalam keadaannya sebegitu.

Ia menimbulkan kemarahan pemandu pikap, sehingga mendorongnya untuk menjerit marah kepada penyelamat.

Pemandu yang berang itu kemudian membuktikan dakwaannya dengan membuang air besar dalam seluar dan di jalan raya sebelum melumur najis di muka penyelamat berkenaan.

Insiden melibatkan kehadiran polis bagi melakukan siasatan.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang hukuman undang-undang yang dikeluarkan terhadap pemandu tersebut. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain