SEORANG wanita berusia 20 tahun yang hamil tujuh bulan ditemukan terbaring tidak bernyawa di dalam sebuah rumah sewa sekitar Chon Buri, Thailand pada Selasa. Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh tukang cuci yang datang memeriksa bilik mangsa. "Ibu kepada mangsa ada menelefonnya beberapa kali sebelum ini, tetapi tidak berjawab. Jadi dia meminta kami untuk pergi melihat keadaan anaknya di bilik. "Apabila kami pergi ke biliknya, kami melihat pintu bilik mangsa terbuka sedikit. Seterusnya kami masuk ke dalam, di situ kami menemukan mangsa sudah tidak sedarkan diri. Kami terus menghubungi pihak polis," ujar tukang cuci tersebut. Sementara itu, jurucakap Balai Polis Chon Buri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan mengenai penemuan terbabit, anggota penyelamat sukarelawan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik. Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan pada badan mangsa. Bagaimanapun terdapat banyak paket yang bersepah di dalam bilik mangsa, dipercayai bungkusan mengandungi bahan narkotik. Proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Chon Buri untuk menentukan punca kematian mangsa. Mangsa diifahamkan tinggal bersama abangnya yang ketika kejadian pulang ke kampung halaman untuk menyambut tahun baharu. Ketika ditemui pemberita, si abang membeitahu mangsa memilih untuk tidak ikut pulang kerana sedang sarat hamil, dia mahu berehat di rumah sewa. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube