suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan motosikal rempuh trak libat 2 mangsa, penunggang baru pulang dari pusat hiburan

Keadaan di lokasi nahas. -Foto KhaoSod

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah trak dalam kejadian di Pathum Thani, Thailand pada petang Selasa.

Pegawai penyiasat dari Balai Polis Thanyaburi, Yosawat Srilapat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan insiden itu, anggota penyelamat sukarelawan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave bertembung dengan trak yang diparkir di tepi jalan

Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Witoon, 48, merupakan penunggang motosikal, manakala pemboncengnya adalah Piyapat, 20, dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Mereka diifahamkan dalam perjalanan pulang dari majlis keraian yang dianjurkan oleh syarikat.

Ketika perjalanan, mereka berhenti sebentar di sebuah pusat hiburan untuk menikmati minuman keras.

Piyapat ketika ditemukan dilihat berada dalam keadaan mabuk, dia mengakui terlelap sepanjang perjalanan dan hanya sedar apabila sudah terlibat kemalangan.

Sementara itu, pemilik trak yang dilanggar dikenali sebagai Witoon berkata dia ketika kejadian sedang berhenti sebentar untuk mengisi minyak kenderaannya.

"Kemudian saya dengar dentuman yang kuat, apabila saya pergi periksa, rupanya ada motosikal yang melanggar bahagian belakang trak saya.

"Saya terus hubungi pihak polis," ujarnya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain