suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot terbalik dipukul ombak... 12 individu selamat, hanya ‘oppa’ Korea masih hilang

Hyun-Jin (gambar kecil) merupakan satu-satunya mangsa yang masih hilang.

SEORANG lelaki Korea Selatan dilaporkan hilang selepas sebuah bot panjang terbalik pada awal pagi Ahad.

Ia berlaku di perairan berhampiran Koh Pha Ngan, sebuah pulau di wilayah selatan Surat Thani, Thailand.

Bot tersebut dipercayai terbalik akibat ombak tinggi dan angin kencang, kira-kira pukul 3 pagi.

Agensi berita Ban Muang melaporkan ombak setinggi dua hingga tiga meter menghentam bot, mengakibatkan ia hilang keseimbangan dan terbalik.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir ragut nyawa influencer, hanyut dibawa arus deras... Suami selamat berpaut pada kereta

Ketika kejadian, bot itu membawa 10 penumpang dan tiga kru.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 12 mangsa, namun seorang lelaki Korea Selatan, dikenali sebagai Hyun-Jin, masih hilang.

Pasukan penyelamat menjalankan operasi pencarian selama lapan jam bagi mencari lelaki yang hilang itu tetapi gagal menemuinya.

Operasi tersebut terpaksa dihentikan akibat ombak kuat dan akan disambung semula apabila keadaan cuaca mengizinkan.

Kapten bot, Pattanapong Saetiao kemudian didapati positif methamphetaminedan lesen memandu botnya juga telah tamat tempoh. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain