suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda dirogol dekat restoran, polis buru 2 suspek

Polis sedang mengesan dua suspek dalam kejadian rogol. Foto Polis Sussex

SEORANG lelaki berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol oleh dua individu tidak dikenali pada Sabtu.

Menurut polis Sussex, kejadian berlaku berhampiran sebuah restoran di pusat bandar Brighton, United Kingdom.

Mangsa dihampiri oleh dua lelaki tidak dikenali sebelum dia dibawa ke satu lokasi dan dirogol di Steine ​​​​Lane.

Inspektor Detektif Sean Booth berkata, polis Sussex turut mengedarkan imej dua suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru wanita hamil selepas rogol budak lelaki umur 12 tahun, anak luar nikah kini dijaga nenek

Polis turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

"Steine ​​​​Lane ialah kawasan yang sering dilalui pada waktu siang dan malam. Ia merupakan laluan yang popular, menghubungkan East Street ke Old Steine.

"Kami tahu terdapat sejumlah orang berada di sekitar kawasan itu ketika serangan berlaku. Saya menggesa sesiapa sahaja yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau mengenali dua lelaki dalam imej ini untuk tampil ke hadapan.

"Maklumat anda boleh membantu usaha kami mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab. Tiada tempat untuk keganasan seksual di Sussex," ujar Booth. -Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain