suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru tampar murid naik angin, mengamuk dalam kelas... Akhirnya dipanggil polis

Perasaan amarah boleh membawa padah. -Gambar hiasan

NIAT tidak menghalalkan cara.

Begitulah kisahnya apabila seorang guru sekolah swasta diheret ke balai polis kerana didakwa melakukan kekerasan terhadap pelajar sebagai hukuman tidak menunaikan sembahyang.

Guru yang dikenali sebagai RP, berusia 30 tahun itu dikatakan menampar muka pelajar dalam kejadian di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Ogos lalu.

Difahamkan kejadian bermula apabila RP mengambil tindakan disiplin bagi pelajar yang culas menunaikan solat Subuh, mereka yang tertangkap diarah berdiri di depan kelas supaya menjadi tontonan rakan-rakan lain.

Bagaimanapun, ketika proses itu berjalan, berlaku ketegangan apabila seorang pelajar hilang sabar susulan diejek oleh kawan-kawannya, dia kemudian bertindak menghamburkan kata-kata kesat.

Geram memerhatikan kelakuan yang sebegitu biadab, RP menampar pelajar terbabit, mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kes itu bagaimanapun selesai tanpa sebarang perbicaraan susulan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berjabat tangan.

"Pelaku dan mangsa sepakat untuk menutup kes tersebut," ujat Ketua Polis Malang, Inspektor Nurlehana. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain