suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh! Penduduk tolak pengebumian jenazah imam masjid

Tanah perkuburan yang dikhususkan untuk penduduk setempat.

GARA-GARA alamat tempat tinggal pada kad identiti diri memaparkan lokasi lain, upacara pengebumian jenazah seorang imam menjadi sukar dan kecoh sehingga tular di media sosial sejak petang Khamis lalu.

Menerusi video tular, berlaku pertengkaran mulut antara penduduk setempat Sidoarjo, Jawa Timur di Indonesia dan keluarga Allahyarham imam berkenaan.

Penolakan tersebut adalah disebabkan imam terbabit tinggal di kompleks perumahan dan bukan berasal dari kawasan perkampungan tersebut.

Justeru, Allahyarham dianggap sebagai orang luar dan tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang dikhaskan untuk penduduk asal sahaja.

Bagaimanapun terdapat segelintir individu yang menyatakan kesepakatan telah dicapai berhubung isu pengebumian di lokasi berkenaan yang mana penduduk kompleks perumahan juga dibenarkan selagi pembinaan tanah perkuburan baharu belum selesai.

Dalam pada itu, meskipun berlaku pertengkaran, namun jenazah imam terbabit akhirnya dapat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain