suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian bertukar tragedi! Lelaki saksi teman wanita hanyut ditelan ombak besar

Kejadian sebelum wanita terbabit dihanyutkan.

GARA-GARA berhenti bercium di tepi pantai, seorang wanita berusia 20 tahun hanyut ditelan ombak besar manakala kekasihnya terselamat.

Tragedi dahsyat itu berlaku di bandar pantai Sochi di selatan Rusia.

Semasa kejadian, pasangan kekasih dari Lipetsk itu sedang berciuman sebelum satu ombak besar menghempas ke arah mereka.

Kedua-duanya kelihatan bergelut untuk bertahan di dalam laut sebelum wanita terbabit dihanyutkan.

Panik dengan situasi yang melanda, lelaki terbabit cuba menyelamatkan kekasihnya, namun usaha yang dilakukan itu sia-sia.

Terdahulu, video rakaman kejadian dirakam oleh orang ramai sebelum dimuat naik ke laman X.

Polis tempatan menyatakan, selepas tiga hari pencarian, wanita itu masih belum ditemui dan dianggap sudah meninggal dunia. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain