suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih bola sepak guna alasan gangguan makhluk halus sebelum cabul 9 budak lelaki

Kanak-kanak lelaki turut menjadi mangsa serangan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG jurulatih bola sepak ditahan selepas dipercayai melakukan serangan seksual ke atas sembilan remaja lelaki yang juga anak didiknya sejak 2023.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bangka, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Bangka AKP Ogan Arif Teguh Imani, kesemua mangsa dicabul semasa berada di dalam kem bola sepak.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila suspek mengajak peserta bermain bola sebelum melihat anak didiknya membuang air kecil di beberapa lokasi.

Ujarnya, suspek kemudian memperdayakan setiap mangsa dengan menyatakan mereka terkena gangguan makhluk halus.

Malah dia turut menyatakan ritual yang dilakukan adalah termasuk melakukan hubungan seksual.

Tambah Ogan, suspek turut membuat ugutan bunuh terhadap kesemua mangsanya jika permintaan ditolak.

Katanya lagi, suspek melakukan serangan seksual terhadap kesemua mangsanya pada waktu berbeza. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain