suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panas siang membahang, lelaki pasang pancuran air pada motosikal

Inovasi pada sebuah motosikal yang mencuri tumpuan ramai.

CUACA panas melampau pastinya membuatkan badan berasa berlengas dengan peluh yang merambu.

Gempar apabila seorang lelaki di bandar Jodhpur, India mempunyai idea bernas untuk memasang pancuran air pada motosikalnya sebagai inisiatif untuk membasahkan tubuh sekali gus menyejukkan suhu badan.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Instagram, lelaki itu dilihat menunggang motosikalnya sambil menikmati pancuran air dari sebuah tong drum berisi air yang diletakkan di ruang letak kaki.

Menurutnya, pemasangan itu dilakukan agar badannya kekal sejuk ketika menunggang motosikal pada siang hari.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 22.7 juta jumlah tontonan.

“Memang terbaik idea ini,” kata warga maya. - NDTV.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain