suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara iri hati dengar isteri bercerita, suami hentak kepala pasangan guna penyodok

Senjata yang digunakan suspek untuk mencederakan isterinya.

PERASAAN cemburu boleh mendorong seseorang itu untuk bertindak di luar kawalan.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki warganegara Thailand tergamak mencederakan isterinya menggunakan penyodok kerana geram dengan kisah yang diceritakan pasangannya.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10 malam pada Rabu di kem buruh Baan Thung Srakeaw, daerah Banglamung, Thailand.

Selepas menerima panggilan kecemasan, pasukan perubatan dari Yayasan Sawang Boriboon Thammasathan bergegas ke tempat kejadian

Setibanya di tempat kejadian, mangsa yang dikenali sebagai A ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada bahagian kepala.

Rawatan kecemasan segera diberikan dan mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Manakala penyerang dikenali sebagai Thongchai, 64, ditahan oleh pihak polis tidak jauh daripada tempat kejadian dalam keadaan mabuk.

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dan suaminya sedang menikmati minuman keras selepas tamat waktu bekerja.

Namun secara mengejut Thongchai menjadi cemburu dengan penceritaan isterinya dan mula bertengkar sebelum memukul kepala mangsa menggunakan penyodok. - The Pattaya News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain