suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit hati keluarga ditinggalkan, anak libas bapa guna sabit sampai kerongkong putus

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG bapa maut selepas dilibas menggunakan sabit di bahagian leher oleh anak kandungnya sendiri, pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Karsum, 73 tahun dalam perjalanan pulang dari Kampung Sari Makmur, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Kebumen AKP La Ode Arwansyah, suspek dan mangsa pada awalnya bertengkar selepas kedua-dua mereka bertembung di Kampung Selogiri, Jogjakarta.

Susulan daripada itu, suspek mengheret dan memukul mangsa menggunakan batu sebelum melibasnya menggunakan sabit pada bahagian leher sehingga kerongkong putus.

“Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap. Kami juga mendapatkan bahan bukti dua sabit dan batu yang digunakan,” katanya.

Tambah La Ode, motif kejadian dipercayai berpunca kerana rasa kecewa apabila suspek dan ibunya ditinggalkan mangsa sebelum ini.

Hasil siasatan dibuat, polis membuat kesimpulan bahawa pembunuhan itu adalah secara spontan kerana emosi pelaku terhadap bapanya dan suspek dihukum penjara seumur hidup. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain