suria

Helikopter tentera dinaiki Naib Presiden Malawi hilang, operasi mencari giat dijalankan

Helikopter dinaiki Presiden Malawi dilaporkan hilang pada Isnin. -Foto Reuters

SEBUAH helikopter tentera Malawi yang membawa Naib Presiden negara itu dan lapan orang lain dilaporkan hilang pada Isnin.

Memetik portal Anadolu, helikopter dinaiki Saulos Chilima berlepas dari ibu negara Lilongwe untuk menghadiri majlis pengebumian bekas Menteri Kehakiman, Ralph Kasambara yang meninggal dunia pada 7 Jun lalu.

Namun, helikopter tersebut dilaporkan hilang di utara negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas, tiada yang selamat

Susulan itu menurut kenyataan daripada pejabat presiden, Presiden Lazarus Chakwera segera membatalkan lawatannya ke luar negara dan mengarahkan kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperhebatkan misi pencarian bagi mengesan pesawat hilang.

Suasana di negara Afrika selatan itu menjadi muram apabila orang ramai menunggu berita mengenai timbalan presiden.

Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan tokoh terkenal terkorban dalam nahas helikopter, termasuk terbaharu Presiden Iran, Ibrahim Raisi, yang meninggal dunia Mei.

Jeneral Francis Ogolla yang juga ketua tentera Kenya turut terkorban dalam nahas helikopter pada April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain