suria

Jentera proses makanan ‘makan’ pekerja kilang... Lelaki maut leher dihiris mesin

Keselamatan perlu diutamakan di persekitaran tempat kerja berisiko tinggi. -Gambar hiasan

AJAL boleh menjemput pada masa yang tidak disangka-sangka.

Begitulah kisahnya apabila seorang pekerja kilang maut selepas lehernya terpotong ketika sedang membaik pulih sebuah mesin di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian pada 7 Jun, mangsa iaitu David Mata, 46, dilaporkan sedang menyelenggara mesin di loji pemprosesan makanan apabila dia tiba-tiba terperangkap di dalamnya.

Mesin terbabit yang beroperasi secara mengejut menghimpit mangsa pada bahagian lehernya sehingga menyebabkan kecederaan parah akibat dirobek.

Rakan sekerja cuba menyelamatkan David tetapi dia akhirnya maut kerana pendarahan yang banyak.

Sementara itu Jabatan Perubatan Daerah Bexar dalam satu kenyataan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat hentakan atau trauma pada bahagian kepala dan leher.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti semua protokol Jabatan Buruh AS OSHA untuk menyiasat kejadian ini," ujar pihak pengurusan loji pemprosesan makanan tersebut dalam satu kenyataan.

Setakat ini, siasatan masih diteruskan pihak polis. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain