suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 41 tahun kahwini remaja 16 tahun akhirnya cerai... Phone, cincin dipulangkan

Mariana dan Kevin akhirnya bercerai. -Gambar Tribun Sumsel

SEORANG wanita berusia 41 tahun yang tular kerana berkahwin dengan remaja berusia 16 tahun dikhabarkan telah bercerai.

Perkahwinan mereka sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia.

Wanita berkenaan, Mariana berpisah dengan suaminya, Kevin kerana mereka sering bertengkar dan sudah empat kali suaminya minta untuk berpisah.

Dikatakan selama ini Mariana sentiasa cuba untuk berbaik semula dengan suaminya.

Selepas bercerai, Kevin kembali tinggal semula di rumah ibunya.

Remaja lelaki itu juga kini ditanggung oleh ibunya.

"Seorang anak tunggal meminta wang daripada ayahnya untuk membeli telefon bimbit. Sebab anak saya dan isterinya sudah berpisah," kata ibu remaja itu, Lisa di Facebook, memetik laporan Tribun Bogor, pada Khamis.

Menurut ibu remaja itu, anak lelakinya tidak membawa apa-apa dari rumah Marina selepas mereka berpisah.

Lisa mengaku Mariana meminta Kevin memulangkan semula telefon bimbit dan cincin perkahwinan, yang mana kesemuanya ditanggung oleh wanita itu sebelum ini.

Mariana dan Kevin dilaporkan berkahwin di Sambas, Kalimantan Barat di Indonesia pada Julai tahun lalu. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain