suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lanun kacak jadi perhatian ramai, selamba kongsi video tawan kapal

Netizen beri cadangan supaya pemuda ini bergelar sebagai model.

SEORANG pemuda Yemen tular di media sosial sehingga dia diberi gelaran 'lanun kacak' oleh netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemuda itu bersama seorang rakannya dilihat menaiki sebuah bot kecil sebelum mereka menghampiri kapal Galaxy Leader yang dirampas.

Selain memuji rupa parasnya, segelintir netizen turut menyamakan wajah pemuda itu dengan aktor terkenal Timhouthi Chamalet.

"Ejen-ejen patut pergi ke Yemen untuk cari model baharu.

"Pemuda itu patut jadi model," tulis beberapa netizen.

Rampasan kapal itu dipercayai berlaku pada 19 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kru Pelantar Minyak Lapor Kemungkinan Serangan Lanun Di Perairan Sabah

Pemuda itu juga dipercayai sebahagian daripada pejuang Houthi yang disokong oleh Iran.

Kumpulan itu didakwa telah merampas beberapa kapal berbeza yang melalui Laut Merah menuju ke Israel.

Kapal yang dirampas itu dimiliki oleh ahli perniagaan Israel Abraham Ungar.

Kira-kira 25 tebusan telah diambil semasa rampasan.

Houthi berkata kru kapal sedang dilayan dengan baik, namun lokasi sebenar mereka tidak diketahui buat masa ini. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain