suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara mimpi harta karun, warga emas maut dalam lubang sedalam 40 meter

Lubang sedalam 40 meter yang digalinya di bahagian dapur.

EMAS merupakan logam berharga.

Ramai yang berusaha memilikinya dengan apa cara sekali pun seperti yang dilakukan lelaki berusia 71 tahun ini.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila warga emas ini ditemukan maut dalam lubang sedalam 40 meter yang digali di ruangan dapur rumahnya.

Memetik laporan Oddity Central, João Pimenta da Silva dari Minas Gerais di Brazil ini melakukan cari gali bersama jirannya, Antônio Costa selepas bermimpi terdapat emas di bawah rumahnya.

Pada awalnya, dia mengepam air keluar dari dalam lubang berkenaan sebelum turun bagi memeriksa dasar.

Ketika ditarik naik oleh Antônio, dia tiba-tiba tergelincir daripada alat pemijak sehingga lengannya terjerat pada tali berkenaan.

Insiden yang berlaku itu mengakibatkan warga emas ini maut dengan keadaan melecet di bahagian perut dan patah kedua-dua kaki serta tulang pinggul.

Difahamkan, kedalaman 40 meter bersamaan 13 tingkat bangunan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain