suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Segak berseluar jeans, baju polo... Putera kedua Raja Thailand pulang mengejut selepas 27 tahun

Vacharaesorn tiba di Yayasan Penjagaan Kanak-Kanak Setinggan. -Gambar REUTERS/Athit Perawongmetha

PUTERA kedua Raja Thailand Maha Vajiralongkorn muncul buat pertama kali apabila pulang ke tanah air selepas 27 tahun.

Vacharaesorn Vivacharawongse, 42, membuat penampilan sulung dalam lawatan ke pusat jagaan kanak-kanak kurang bernasib baik pada Selasa.

Kepulangan Vacharaesorn ke tanah air pada waktu yang sukar bagi keluarga diraja Thailand, dengan puteri sulung raja itu koma sejak Disember lalu.

Vacharaesorn yang berkhidmat di firma guaman di New York, Amerika Syarikat, melawat Yayasan Penjagaan Kanak-Kanak Setinggan yang disokong oleh kerabat diraja.

Muncul dengan berseluar jeans dan baju kemeja kasual hitam, dia bergambar di hadapan potret ayahanda dan datuknya, Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat pada 2016 selepas memerintah selama 70 tahun.

"Saya gembira dapat kembali... lama saya tak balik, sudah 27 tahun.

Pihak istana bagaimanapun belum mengulas mengenai perkara tersebut.

Rata-rata rakyat Thailand bagaimanapun terkejut dengan kepulangan Vacharaesorn ke tanah air.

Foto dirinya menaiki kereta beca 'tuk-tuk' di Bangkok, yang dimuat naiknya di Facebook miliknya yang mempunuyai lebih 80,000 pengikut pada Isnin meraih puluhan ribu tanda suka.

Vacharaesorn merupakan anak kedua daripada empat putera kepada isteri kedua Raja Vajiralongkorn, Sujarinee Vivacharawongse, bekas pelakon yang diceraikan pada 1996.

Dia tidak mempunyai gelaran rasmi diraja walaupun secara teknikalnya mengekalkan status yang dikurniakan ketika semasa dia masih kanak-kanak sebagai cucu raja.

Dia, ibunya, tiga beradik lelaki dan seorang adik perempuan diketepikan selepas perceraian pada 1996, berikutan ibunya dituduh berzina, dan mereka kemudian berpindah ke luar negara. - Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain