suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Strategi ‘checkmate’ hilang! Kepala budak lelaki dipukul doktor, berang diganggu ketika main catur

Budak lelaki terjatuh akibat kepalanya dipukul doktor selepas permainan catur terganggu.

BERANG permainan catur di warung kopi terganggu, seorang doktor sanggup memukul kepala kanak-kanak yang secara tidak sengaja mengusik mejanya.

Mana tidaknya, buah catur yang digunakan dalam permainan terjatuh dan terpaksa disusun semula.

Bukan sekadar memukul bahagian belakang kepala, dia turut menghamburkan kata-kata sinis meskipun buah catur telah disusun semula oleh individu yang datang bersama kanak-kanak malang terbabit.

Menurut pegawai polis Makassar Kompol Lando K. Sambolangi, kejadian tersebut berlaku pada malam 28 Julai lalu.

“Perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti berkaitan sedang dikumpul.

“Kita mengambil maklum kejadian itu selepas terdapat laporan polis berhubungnya,” ujar Lando.

Tindakan beremosi itu menyebabkan orang ramai mempersoalkan kewibawaannya sebagai doktor selain mendedahkan hospital tempat dia bekerja.

Pun begitu, konsultan hospital berkenaan menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah perilaku sendiri dan bukan mencerminkan hospital mahupun jabatan tempatnya bekerja. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain