suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan rumah Barbie! Bilik sewa dengan tingkap 'nano' berharga lebih RM600 disindir netizen... - "Guna topeng muka sebagai tirai"

Bilik sewa kecil menjadi perbualan warga maya di China.

KLIP video ruang kediaman di China dengan satu tingkap sekecil sebesar tapak tangan mendapat perhatian warga maya.

Mana tidaknya, bilik loteng seluas lapan meter persegi dengan tingkap kecil di Kawasan Baru Pudong Shanghai itu disewakan pada harga kira-kira RM634 (1,000 yuan).

Menurut Ding, bilik loteng itu terletak di sebuah hartanah dua tingkat yang dibahagikan kepada enam bilik.

Dia turut berkongsi pemandangan bilik lain di flat sama yang juga mempunyai tingkap 'nano', sambil menambah bahawa satu bilik telah pun disewa pada 31 Julai.

Keadaan bilik sewa sebesar 10 meter persegi di China.

Keadaan bilik sewa sebesar 8 meter persegi di China.

Pun begitu, tingkap tersebut boleh ditutup atau dibuka mengikut keselesaan penghuninya.

"Tuan rumah tahu kami perlu bekerja sepanjang hari dan oleh itu tidak memerlukan bilik dengan pencahayaan yang baik.

"Jangan buang topeng muka kerana boleh gunakan sebagai tirai," sindir warga maya.

Terdahulu, salah satu penyelidik hartanah bebas terbesar di negara itu, Akademi Indeks China menyatakan purata harga hartanah kediaman di Shanghai telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun lalu.

Walaubagaimanapun, harga purata semasa untuk hartanah kediaman baharu dan jualan semula masih mengatasi purata gaji bulanan bandar. - SCMP.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain