suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dicekik, ditendang! Anak tergamak belasah ibu, berang tak dapat telefon bimbit untuk main game

Remaja ini tergamak mencekik ibunya di stesen kereta api.

SEORANG ibu dibelasah oleh anak lelakinya berusia 15 tahun gara-gara telefon bimbitnya dirampas wanita itu.

Menurut South China Morning Post, rakaman tular di stesen kereta api bawah tanah di Beijing, China itu mengundang kemarahan orang ramai.

Dalam rakaman video tersebut, remaja berkenaan dilihat berdiri di hadapan lif bersama ibu dan adik lelakinya.

Dia bagaimanapun bertindak mencekik leher ibunya lalu menolaknya ke dinding.

Si ibu cuba melawan untuk mempertahankan dirinya.

Panik dengan situasi tersebut, si adik cuba meleraikan pergelutan itu dengan menarik tangan abangnya demi menyelamatkan ibu mereka.

“Ibu, ibu, ibu,” kedengaran jeritan adiknya menerusi video.

Walaupun seorang kakitangan kereta api bawah tanah tiba di tempat kejadian, remaja itu tetap tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Dia seterusnya menendang dan menolak ibunya sebelum pekerja itu berjaya menariknya.

Pekerja tersebut kemudian memberitahu remaja itu supaya bertenang sebelum pergi mendapatkan bantuan.

Namun, remaja itu kembali menyerang ibunya.

“Berikan semula telefon saya,” kata remaja itu sambil memegang lengan ibunya.

Wanita itu mengeluarkan telefon bimbit dan menghempasnya ke lantai.

Belum sempat melakukan tendangan buat kali kedua, pekerja stesen kereta api tiba dan cuba menahan remaja berkenaan.

Pergelutan itu dileraikan sebaik seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain