suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nekad jual motor, peti sejuk demi konsert Coldplay... pemuda cuba dapatkan tiket paling mahal selepas gagal buat loan

Seorang pemuda sanggup menjual peti sejuk dan motosikal untuk membeli tiket konsert Coldplay.

SEORANG pemuda sanggup menjual barang berharganya demi menonton konsert kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay.

Tindakan lelaki berkenaan di Indonesia itu menjadi perhatian ramai.

Pemuda tersebut menjual barang-barang miliknya demi membeli tiket berharga 11 juta Rupiah (RM3,338).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pinjam Ah Long, CEO tempat kerja nak bagi duit beli tiket konsert Coldplay... Boleh bayar sikit-sikit potong gaji bulanan

Sejak kebelakangan ini, konsert Coldplay menjadi bualan ramai.

Kumpulan Coldplay bakal mengadakan konsert siri jelajahnya dengan penganjuran di Jakarta, pada 15 November depan.

Pemuda bernama Danar nekad menjual barang-barang peribadinya untuk membeli tiket konsert yang paling mahal.

"Jual peti sejuk sampai jadi. Sebab mahu beli tiket Coldplay," kata Danar menerusi WhatsApp Storynya pada Isnin.

Pada asalnya dia cuba untuk membuat pinjaman peribadi, tetapi gagal.

Namun kerana mahu mendapatkan wang dengan segera, Danar menjual beberapa barang seperti telefon bimbit dan motosikal. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain