suria

Bakal sambut hari lahir ke-100, nenek puas hasrat jadi sasaran ‘balingan pisau’ tercapai

Impian seorang nenek untuk menjadi sasaran balingan pisau di sebuah pertunjukan sarkas tercapai.

IMPIAN seorang warga emas untuk menjadi sasaran balingan pisau kini menjadi realiti.

Menurut laporan Daily Mail, Annie Duplock, 99, memasuki gelanggang di pertunjukan Zippos Circus dalam satu pertunjukan sarkas yang diadakan di bandar Coventry, England.

Malah, permintaan ini merupakan hasratnya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 dalam tempoh tiga bulan lagi.

Sudah pasti, dia berasa seronok apabila sekali lagi dapat merasai pengalaman berani yang merupakan salah satu impian seumur hidupnya.

Permintaan itu diberitahu oleh anak perempuannya kepada pengasas sarkas, Martin Burton bahawa ibunya ingin menjadi sasaran balingan pisau.

Dalam rakaman video tersebut, kelihatan kelihatan Annie tersenyum sambil memegang tongkat jalannya semasa berdepan aksi balingan pisau.

Menurut Burton, Annie sebelum ini pernah bekerja di sarkas itu 30 tahun lalu.

“Ketika itu, dia berumur 70 tahun dan kini dia bakal mencecah usia 100 tahun pada Ogos ini,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain