suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang sabar ketika bertengkar, lelaki ‘tampar’ muka wanita guna piza

Suspek ditahan kerana melakukan serangan fizikal. Foto: Marion County Sheriff's Office

SEORANG lelaki ditahan selepas dia didakwa menampar muka seorang wanita menggunakan sekeping piza ketika sedang bertengkar.

Suspek, Ortelio Lazaro Alfonso, 39, dari Oregon, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menampar seorang wanita yang tidak dinamakan kerana berang individu tersebut mengasari orang lain.

Mangsa memberitahu bahawa dia ditampar di pipi kanannya menggunakan sekeping piza sehingga menyebabkan sos daripada makanan tersebut terkena wajah, baju, telinga, rambut dan telinganya.

Alfonso kemudian ditahan namun tidak mengaku telah menampar mangsa seperti yang didakwa.

Menurutnya, dia hanya melempar kepingan piza itu dan terkena muka mangsa.

Alfonso yang ditahan atas tuduhan melakukan serangan fizikal bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain