suria

Wanita batalkan perkahwinan mengejut, tak boleh terima bakal suami lemah matematik

Lelaki lemah matematik jadi punca perkahwinan dibatalkan. -Gambar hiasan

BAKAL pengantin perempuan di Uttar Pradesh, India melarikan diri dari majlis perkahwinan dan tamatkan hubungan serta-merta selepas mendapat tahu bakal suaminya lemah matematik.

Wanita itu yang dikenali sebagai Rita Singh berasal dari Farrukhabad di Utara India mengambil tindakan sedemikian selepas melihat suaminya tidak mampu mengira wang kertas dengan betul.

Sebelum kejadian, sami yang akan melangsungkan upacara perkahwinan itu memberitahu keluarga pengantin perempuan bahawa lelaki yang akan dikahwini anak mereka mempunyai perangai pelik.

Perangai yang di luar norma itu menyebabkan Rita mempersoalkan kewarasan akal bakal suaminya.

Demi menguji kecerdasan minda lelaki terbabit, keluarga pengantin perempuan memintanya untuk mengira 30 helaian wang kertas nilai 10 Rupee dan dia gagal untuk melaksanakannya.

Selepas disiasat, ternyata lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental yang tidak dimaklumkan kepada keluarga pengantin perempuan sebelum perkawhinan.

Abang kepada Rita, Mohit mengakui mereka berasa seperti dikhinati dan ditipu mengenai perkara itu sehingga mereka akhirnya memutuskan untuk membatalkan perkahwinan tersebut.

"Perkahwinan dilangsungkan di atas kepercayaan antara satu sama lain.

"Pengantara yang memperkenalkan lelaki itu kepada adik saya juga merupakan seorang saudara yang rapat dengan kami.

"Bila jadi macam ni, lelaki tu nak kira duit kertas pun tak boleh, adik saya Rita memang tak mahu teruskan selepas dapat tahu tentang keadaan bakal suaminya," kata Mohit kepada media tempatan. - India Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain