suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerjaya model ini ‘terkubur’ kerana komplikasi Covid-19, kedua-dua kaki terpaksa dipotong

Claire menghabiskan masa sehingga dua bulan untuk pulih daripada Covid-19 dan pembedahan kaki itu.

KERJAYA Claire Bridges sebagai model bagaikan 'terkubur' apabila kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.

Komplikasi Covid-19 memaksa kedua-dua kakinya dipotong, sekaligus mengubah kehidupannya 360 darjah.

Claire yang dilahirkan dengan penyakit jantung disahkan positif Covid-19 pada awal Januari.

Walaupun telah menerima vaksin sepenuhnya, dia mengalami simptom yang serius dan terpaksa dimasukkan ke hospital di Florida, Amerika Syarikat.

Apabila dimasukkan ke hospital, Claire telah didiagnos dengan banyak gejala termasuklah radang paru-paru.

Claire menghabiskan masa sehingga dua bulan untuk pulih daripada Covid-19 dan pembedahan kaki itu.

Baru-baru ini, Claire akhirnya dapat pulang ke rumah pada hari lahirnya yang ke-21.

"Saya boleh duduk sendiri hari ini. Sangat teruja!" tulisnya dalam kapsyen di media sosial.

Bapa Claire, Wayne juga berkata bahawa anak perempuannya mempunyai semangat juang yang tinggi biarpun diuji dengan berat. - Wolipop.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain