suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak kisah kerjaya suami, wanita ini rela berkahwin dengan pelakon porno... hanya letak 1 syarat

Katy berubah fikiran kerana sedar akan keserasian dia dan suaminya. Foto: itskatyfit/Instagram.

DALAM mencari pasangan hidup, kita pasti akan menyiasat latar belakang individu tersebut terlebih dahulu.

Ada kalanya, pekerjaan seseorang itu menjadi punca hubungan yang dibina musnah di tengah jalan.

Namun lain pula ceritanya mengenai wanita ini yang sanggup berkahwin dengan pelakon filem porno.

Menurut Katy Bampton, dari Gold Coast, Queensland, dia berkahwin dengan Robbie Bampton pada 2 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama tiga bulan.

Kata wanita berusia 29 tahun itu, dia tidak kisah dengan pekerjaan suaminya.

Dedah Katy, dia hanya meletakkan satu syarat yang mana suaminya perlu melakukan saringan penyakit jangkitan kelamin (STI) secara berkala untuk memastikan kesihatan mereka berdua.

"Kali pertama kenal, sudah tentu saya menghakimi kerjayanya. Dia sudah bersama ramai wanita. Saya tak mahu ada dalam senario itu," ujar Katy.

Namun, dia akhirnya berubah fikiran kerana sedar akan keserasian mereka berdua. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain